Ahad, 9 Mei 2010

Sejarah SMTDSMZ


Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin mempunyai sejarahnya yang agak berbeza dibandingkan dengan sekolah-sekolah teknik yang lain di negera kita ini. Sekolah ini adalah lanjutan daripada sekolah yang telah sedia didirikan dalam tahun 1958. Sebahagian besar daripada bangunan yang ada sekarang pada mulanya adalah Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Sekolah tersebut berjalan selama lima tahun iaitu tahun 1958 hingga 1962.

Pada tahun 1962 Sekolah Pertukangan Luar Bandar ini dijadikan Sekolah Lanjutan Kampung. Apabila sekolah ini berpindah Ke Sekolah Menengah Rendah (sekarang Sekolah Menengah Dato’ Dol Said), sebahagian besar bangunannya tidak digunakan sehingga akhir tahun 1967. Pada tahun 1997 SMV telah dinaik taraf ke SMT dan di beri nama Sek. Men. Teknik Datuk Seri Mohd Zin sempena memperingati jasa bekas ketua menteri Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan